Thursday, April 2, 2015

GURU DAN PERUNDANGAN

PERATURAN DAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB
 
Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan  tatatertib 1993  (Pindaan  2002).  Dengan  adanya  peraturan  ini,  maka  guru  akan  sentiasa berkelakuan  baik  dan  bertata  tertib  mengikut  garis  panduan  yang  ditetapkan.
 
Matlamat tatatertib adalah seperti berikut:
  1. Supaya  pegawai  awam  melaksanakan  tugas dengan  cekap,  beramanah  dan bertanggungjawab.
  2. Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam  lebih  daripada  kepentingan  mereka sendiri.
  3. Supaya  pegawai  awam  menjaga  imej perkhidmatan awam.
  4. Menghukum pegawai yang  melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.
Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut: 
  1. Peraturan  mengenai  tatakelakuan  (code  of  conducts)  serta  larangan  / kesalahan khusus.
  2. Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib.
  3. Prosedur dan tindakan tatatertib.
  4. Hukuman tatatertib.
  5. Peruntukan pelbagai yang berkaitan

No comments:

Post a Comment