Wednesday, January 23, 2019
Mari kenali Akta Pendidikan 1996 secara ringkas
Apa itu Akta Pendidikan 1996?
Akta pendidikan 1996 merupakan satu bentuk dokumen perundangan yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik ataupun ke hadapan yang menjadi satu panduan khas kepada para guru ataupun pendidik di Malaysia. Antara lain kandungan berkaitan akta ini adalah seperti menegaskan tentang ilmu yang menjadi penentu utama kepada hala tuju pendidikan di negara kita, selain menjadi satu misi negara untuk menghasilkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu.
Akta ini juga merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia.
Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan

Subscribe to:
Posts (Atom)