Wednesday, January 23, 2019

Mari kenali Akta Pendidikan 1996 secara ringkas

Apa itu Akta Pendidikan 1996?

Akta pendidikan 1996 merupakan satu bentuk dokumen perundangan yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik ataupun ke hadapan yang menjadi satu panduan khas kepada para guru ataupun pendidik di Malaysia. Antara lain kandungan berkaitan akta ini adalah seperti menegaskan tentang ilmu yang menjadi penentu utama kepada hala tuju pendidikan di negara kita, selain menjadi satu misi negara untuk menghasilkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu.

Akta ini juga merupakan  lanjutan  dan  pembaharuan  dari Akta Pelajaran 1961 yang bertujuan untuk memantapkan  sistem  pendidikan  kebangsaan  sejajar  dengan kehendak  dan  cita-cita Malaysia  untuk menjadi  pusat  kecemerlangan  pendidikan yang  bermutu  tinggi  dan  bertaraf  dunia.  

Akta  Pendidikan  1996 menampilkan kesinambungan  kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta  ini  berpaksi  kepada  perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi  asas  dasar  pendidikan kebangsaan.  Akta  ini  juga banyak mengekalkan  peruntukan  yang  masih relevan  daripada  Akta  Pelajaran  1961. Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah  untuk  memperluaskan  skop  dan memperkenalkan  perundangan mengenai pendidikan

No comments:

Post a Comment